Ahad, 6 November 2016

JEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG YONG YAP, BUBU & TOK NENEK

JEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG YONG YAP, BUBU & TOK NENEK




Pada 22-24 oktober 2016, saya telah mendaki puncak gunung yong yap, bubu dan tok nenek atau lebih dikenali sebagai Trans YYBTN dikalangan para pendaki. Trip ini anjurkan oleh Allard Adventure dengan penyertaan seramai 20 orang termasuk guider, sweeper dan crew. Gunung Yong Yap merupakan salah satu gunung kategori G7 iaitu gunung yang ke-6 setinggi 2167 meter atau 7110 kaki. Oleh kerana pendakian ke puncak Yong Yap agak kurang mencabar berbanding G7 yang lain. Justeru, trek bagi trans YYBTN diwujudkan dengan laluan pendakian yang lebih mencabar. Tempoh masa yang biasa dilakukan untuk mendaki YYBTN adalah 4 hari 3 malam, namun kali ini kami mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Oleh itu, trek pendakian akan lebih padat sedikit.
Semua peserta dikehendaki untuk bertemu di masjid kg raja cameron highland seawal jam 7 pagi. Saya carpool dengan Naim untuk tiba di lokasi yang ditetapkan daripada KL. Perjalanan ke masjid kg raja mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Kami sempat tidur sebentar sementara menunggu peserta yang lain tiba. Pada awal paginya, usai solat subuh dan bersarapan semua peserta bergerak ke pos sungai rengil iaitu pintu masuk bagi sesi pendaki. Sebelum memulakan pendaki Mizi selaku guider menerangkan adab dan tatacara semasa mendaki. Selepas habis membaca doa kami ke perkampungan orang asli di sini untuk meminta kebenaran mendaki. Kami memulakan sesi pendakian kira-kira jam 9 pagi.

 backhoe usang di starting point
                               
Pada hari pertama laluan pendakian agak mendatar bagi 3 jam pertama sehingga simpang Y, perjalanan akan melintasi 4 anak sungai. Seterusnya menuju ke kem agas yang agak mencabar lebih kurang 45 darjah.Beberapa kem disepanjang pendaki dilalui iaitu kem agas, kem sungai jeruk dan kem balak pecah. Walaupun kebanyakan gunung kategori G7 mempunyai hutan mossy, disepanjang pendakian hanya hutan buluh dan pokok sahaja yang jelas kelihatan. Kami tiba di kem agas dalam masa 4 jam, kem sungai jeruk dalam masa 3 jam 30 minit dan kem balak pecah dalam masa 2 jam. Oleh kerana kem balak pecah tidak mempunyai sumber air kami meneruskan pendakian ke last water point untuk bermalam, perjalanan lebih kurang 1 jam daripada kem balak pecah. Jumlah masa pendakian untuk hari pertama lebih kurang 10 jam untuk jarak perjalanan sejauh lebih kurang 15km. Ini merupakan masa pendakian paling lama saya buat untuk satu hari. Kami semua makan malam dan berehat di kem berdekatan dengan water point sebelum meneruskan sesi pendakian untuk keesokan harinya.

perkampungan orang asli sungai rengil
                                                 
persimpangan antara ke Yong Yap dan Tok Nenek
                                     
kem agas
                                                                   
kem balak pecah

kem site hari pertama

Pada hari kedua pendakian diteruskan selepas kami bersarapan pagi lebih kurang jam 10 pagi. Lebih kurang jam 11:30 pagi kesemua peserta telah tiba di puncak gunung Yong Yap. 30 minit sebelum menuju puncak, disepanjang pendakian barulah jelas kelihatan hutan mossy, pemandangan ini sememangnya menakjubkan dan menghilangkan keletihan. Setelah mengambil gambar bersama, sesi pendakian diteruskan ke puncak berikutnya iaitu puncak gunung Bubu. Lalauan pendakian turun dan naik ditempuhi sepanjang menuju gunung Bubu. Lebih kurang 3 jam lebih barulah pendakian kami tiba di puncak gunung Bubu. Kami berehat dan makan tengahari di sini sebelum meneruskan pendakian. Kami singgah mengambil air di Kem lopak air terlebih dahulu, kerana tapak kem yang akan kami tidur untuk malam ini tidak mempunyai sumber air. Untuk malam ini kami tidur dan makan malam di Puncak Kambing. Sesi pendakian hari kedua lebih mencabar berbanding hari pertama namun tahap pewai (kepenatan) tidak sampai seperti semalam. Masa pendakian juga lebih kurang seperti hari pertama iaitu lebih kurang 10 jam.

Mossy forest menuju puncak Yong Yap

group foto di puncak Yong Yap

puncak Gung Bubu

bermalam di puncak Kambing pada hari kedua

Pada hari ketiga, plan asalnya adalah untuk menikmati pemandangan terbit matahari di puncak gunung Tok Nenek tapi hanya kabus yang menyelubungi pemandangan. Pemandangan di puncak Tok Nenek adalah sangat awesome sekiranya tiada kabus kerana boleh melihat 360 darjah dan puncaknya adalah batu granit seperti keadaan di bukit tabur. Setelah bersarapan dan melayan kabus di puncak tok nenek, pendakian menurun pun bermula pada jam 10:30 pagi. Lebih kurang 1 jam 30 minit kami sampai di kem berlumut setelah melalui laluan yang agak curam menurun. Kemudian sampai di kem hari dan seterusnya di kem lengkuas pada jam 2:30. Kami makan tengahari di sini. Kami meneruskan perjalanan lagi ke simpang Y iaitu simpang pendakian menuju Yong Yap atau Tok Nenek. Perjalanan selepas ini adalah sama seperti perjalanan pada hari pertama sehinggga ke perkampungan orang asli sungai rengil. Namun kali ini kami singgah sebentar mengambil gambar air terjun yang terletak di lintasan sungai selepas simpang Y. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di perkampungan orang asli pada jam 5 petang tanpa sebarang kecederaan disepanjang pendakian. Kami berkemas, mandi dan makan sebelum berangkat balik ke KL.

puncak gunung Tok Nenek

pemandangan Gunung Yong Belar

the beauty of forest

kem lengkuas

hidden waterfall

Begitulah cerita pengembaraanku menjejak puncak Yong Yap, Bubu & Tok Nenek

~adventure is out there~
#yongyapbubutoknenek
#yybtn

Jumaat, 21 Oktober 2016

JJEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG NUANG

JEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG NUANG



Agak lama sudah saya tidak membuat catatan pengembaraan akibat sifat kemalasan yang melampau. Beberapa siri pengembaraan yang berunsurkan pendakian telah saya buat beberapa bulan yang sudah, seperti G.Stong, G. Rajah dan bulan lepas CBL. Setiap siri pendakian yang dilalui mempunyai pengalaman yang berbeza dan tidak dapat dilupakan.
Kali ini saya paksakan diri juga untuk membuat sedikit catatan pengembaraan "jejakku di puncak G. Nuang" pada 15 oktober yang lepas. G.Nuang terletak di sempadan Selangor dan Pahang yang mempunyai ketinggian 1493 meter. Gunung ini mempunyai dua pintu masuk bagi sesi pendakian ke puncak iaitu melalui Pangsun dan Janda Baik. Saya mendaki G.Nuang kali ini menggunakan pintu masuk Pangsun. Seawal selepas Subuh saya bertolak bersama seorang lagi teman ke hutan lipur gunung nuang. Sebelum mendaki terlebih dahulu kami bersarapan untuk mengisi perut. Selepas bersarapan, kami bertolak ke gerbang permulaan. Bayaran sebanyak RM1 seorang dikenakan kepada setiap orang yang ingin mendaki G.Nuang ini.


Tepat jam 8 pagi saya memulakan siri pendakian menuju puncak. Trek pendakian ke puncak boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu;
1. Daripada pintu masuk hingga ke kem lolo
2. Daripada kem lolo hingga ke kem pacat
3. Daripada kem pacat ke puncak G.Nuang.
Pada fasa yang pertama, laluan pendakian adalah sejauh 5.8km. Laluan ini agak mendatar dan boleh digunakan oleh kenderaan roda empat sehingga ke kilometer 4.9 sebelum memasuki hutan belantara. Disepanjang perjalanan terdapat 6 pondok wakaf disediakan kepada pendaki untuk berehat. Disepanjang laluan ini terdapat pokok-pokok buluh yang besar. Sesampainya saya di kem lolo, saya berehat sebentar dan mengambil air untuk masak maggi dan air teh setibanya di puncak nanti. Di kem lolo terdapat kawasan yang lapang untuk tapak perkhemahan dan juga anak sungai. Sangat sesuai sekiranya pendaki hendak bermalam di kawasan ini. Saya berjaya sampai ke kem lolo ini dalam masa 2 jam.



Pada fasa yang kedua, bermulalah cabaran pendakian kerana laluan akan mencondong sehingga 50 darjah. Disekeliling laluan adalah hutan belantara yang tidak saya ketahui nama dan jenis pokoknya. Saya berjaya sampai ke kem pacat dalam masa 1 jam 30 minit daripada kem lolo.
Fasa ketiga pula lebih mencabar kerana tahap kecondongan sehingga 70 darjah, sehinggakan terdapat beberapa laluan terpaksa menggunakan tali. Sebelum sampai ke puncak G.Nuang, saya sampai ke puncak pengasih terlebih dahulu iaitu 30 minit sebelum sampai ke puncak. Akhirnya tepat jam 1:30 petang saya berjaya menawan puncak G. Nuang selepas berhempas pulas selama 5 jam 30 minit. Walaupun tidak ada yang menarik sangat semasa di puncak, namun misi menakluk puncak G.Nuang setelah percubaan pertama yang gagal adalah sangat memuaskan. Saya berehat selama sejam di puncak sebelum menuruni puncak ke tapak permulaan. Perjalanan turun selalunya lebih singkat berbanding naik, saya berjaya sampai ke tapak permulaan dalam masa 4 jam.



Begitulah catatan siri penjelajahanku ke puncak gunung Nuang.

Ahad, 25 September 2016

JEJAKKU DI NEGARA MATAHARI TERBIT

JEJAKKU DI NEGARA MATAHARI TERBIT

Pra-kembara:
Akhirnya masa yang ditunggu kian tiba, setelah menunggu hampir setahun merancang untuk mengembara ke Jepun, negara yang sinonim dengan nama negara matahari terbit. Mengembara ke luar negara merupakan hobi yang paling ku gemari kerana banyak pengajaran dapat diperolehi sepanjang pengembaraan melalui pengalaman dan pengamatan dalam  memahami sosio budaya tempat yang asing. Dan yang paling penting mensyukuri nikmat hidup yang hanya singkat ini. Trip kali ini juga seperti trip-trip terdahulu iaitu secara solo ala backpack. Kemungkinan besar trip kali ini merupakan trip luar negara terakhir pada tahun 2016, kerana hendak menggumpul cuti bagi persedian 'dream journey' pada tahun hadapan. Pengembaraan ini adalah yang paling lama pernah ku buat iaitu selama 12 hari bermula di tokyo dan berakhir di osaka pada musim bunga. Jumlah bajet yang ku anggarkan adalah sebanyak RM3000 termasuk tiket kapal terbang pulang balik. Sebelum berangkat semakan akhir mesti dibuat seperti passport yang sah, duit tunai, kad atm dan mastercard yang diaktifkan, bekalan makanan, pakaian dan ubatan yang mencukupi, senarai tempat yang hendak dilawati dan kamera DSLR untuk menyimpan kenangan yang akan ku ceritakan kepada anak cucu. Dengan lafaz bismillah ku mulakan siri jejakku ke negara matahari terbit.

Hari 1:
Penerbangan daripada KL hingga ke Tokyo mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Aku sampai pada jam 10:30 malam waktu tokyo, oleh kerana ketibaanku pada waktu malam, tidur di airport menjadi pilihan. Tiket subway terus dibeli di kaunter informasi dan tidak lupa kod premium rangkaian wifi secara percuma khas kepada pelancong luar negara seperti ku. Selepas puas merayau di sekeliling terminal, kemudiannya mencari tempat untuk tidur. Subuh di tokyo lebih awal iaitu pada jam 3:12 pagi, rehat yang cukup diperlukan kerana esok pengembaraan menjelajah sekitar tokyo akan bermula. Zzzzzz
¥1500 3 days subway tiket (unlimited ride)

Hari 2:
Perjalanan hari ini bermula selepas melihat matahari terbit di anjung lapangan terbang haneda menuju shinjuku. Oleh kerana keretapi merupakan pengangkutan utama masyarakat jepun, aku akan menggunakan keretapi sahaja sepanjang berada di tokyo. Namun, rangkaian keretapi jepun adalah sangat rumit dan memeningkan, sehari suntuk diperlukan untuk memahami selok belok rangkaian ini. Mana tidaknya, laluan keretapi sampai berpuluh-puluh dan terdapat 5 hingga 7 tingkat bawah tanah bagi laluan keretapi. Setibanya di stesen shinjuku, perkara pertama yang dibuat adalah mencari locker bag untuk menyimpan beg utama, beg kedua akan digunakan sepanjang 3 hari di tokyo.
Tempat pertama yang dikunjungi adalah taman Gyoen. Yang peliknya sepanjang perjalananku ke taman tersebut, kelihatan sedikit sekali orang jepun, begitu juga dengan kenderaan. Seolah-olah bandar ini tak berpenghuni. Sekitar jam 9 pagi barulah kelibat orang jepun kelihatan berpusuh-pusuh pergi ke pejabat masing-masing. Seterusnya, aku melawat bangunan tokyo metropolitan. Disini aku sempat bersembang kosong dengan seorang pak cik yang bernama ichida. Kita boleh menaiki bangunan ini sehingga tingkat ke 45 secara percuma untuk membuat tinjauan hampir keseluruhan bandaraya tokyo. Malahan, fujisan juga boleh kelihatan, namun ia malu untuk menunjukkan dirinya kali ini.
Destinasi seterusnya adalah shibuya dan yang paling menjadi tumpuan di sini adalah shibuya crossing, sebenarnya mana-mana tempat di tokyo yang mempunyai simpang empat akan ada satu masa semua lampu trafic bertukar merah dan orang ramai akan kehulur kehilir menyeberang jalan. Mungkin shibuya crossing merupakan simpang empat yang paling besar, justeru dia yang mendapat nama. Selain itu, aku juga mengambil gambar dengan patung anjing bernama hachiko yang terletak bersebelahan dengan shibuya crossing. Cerita hachiko ini sempat ku tonton semasa penerbangan ke jepun untuk mendapatkan keterujaan lagi.
Kemudiannya aku ke harajuku untuk melawat meiji shrine dan taman yogi. Meiji shrine yang utama terletak agak jauh di dalam taman, agak penat juga untuk berjalan pulang dan balik. Taman ini dibuat untuk kelihatan seperti hutan ditengah bandar tokyo.
Seterusnya masjid camii menjadi pilihan untuk destinasi berikutnya untuk solat zohor dan asar, rumusan mengenai masjid ini, penjaganya dan masyarakat islam di jepun akan disimpulkan setelah aku melawat masjid pertama jepun di kobe dalam siri khas sinar islam di jepun. Aku meneruskan perjalanan ke roponggi untuk melihat tokyo tower, taman shiba dan kuil zojoji. Rekabentuk tokyo tower ini dibuat seperti eiffel tower, paris.
Setelah puas berjalan aku balik semula ke shinjuku untuk check in penginapan iaitu sebuah hotel capsul. Hotel capsul ini diperkenalkan oleh jepun sebelum diikuti oleh negara lain termasuk malaysia. Aku telah menempah 2 malam di sini dan ingin mencuba sendiri pengalaman sebenar tidur di kotak capsul, namun tidak disangka ada beberapa khidmat hotel capsul di luar jangkaanku. Aku tidak akan ceritakannya kerana ia bersangkut paut dengan sikap orang jepun yang selama ini dikenali dengan rendah diri. Malam itu juga aku sempat berjalan untuk menikmati suasana malam di tokyo. Kini, barulah aku tahu kenapa pada pagi tadi jam 9 baru orang jepun keluar, suasana malam seperti ada konsert besar sedang berlangsung dan sisi-sisi gelap orang jepun kelihatan.
Aku pulang semula ke hotel untuk berehat dan membuat perancangan untuk hari esok.
¥610 train to shinjuku
¥300 locker bag

Hari 3:
Hari ini aku sengaja keluar lambat kerana mahu keluar bersama-sama dengan orang jepun yang hendak pergi kerja. Dengan berpakaian kemas bertali leher, lengkap dengan kot. Orang jepun mula berjalan laju menuju stesen keretapi dengan muka yang serius, seperti ada mesyuarat tergembar. Situasi di stesen keretapi pula mereka beratur dengan rapi dan apabila keretapi sampai disinilah akan ada yang dihimpit termasuk aku sendiri. Walaupun muatan sudah penuh, konduktor keretapi yang berada di luar akan menolak masuk penumpang hingga penyet.
Hari ini tempat pertama yang dilawati adalah ueno, disini terdapat lebih kurang 10 muzium serta zoo. Tujuanku ke ueno adalah untuk melihat pokok sakura di taman ueno, namun seperti yang ku jangkakan bunga sakura sudah gugur kerana musim bunga sakura kembang telah pun habis mengikut kalendar. Aku hanya sempat ke masuk ke zoo dan tidak ke mana-mana muzium. Didalam zoo ini terdapat haiwan dari hampir seluruh dunia termasuk benua afrika, antartika, latin dan asia termasuk panda. Aku tidak sempat mengelilingi keseluruhan zoo kerana terlalu besar dan mengejar masa untuk ke tempat seterusnya iaitu asakusa.
Di asakusa aku melawat senseji temple, sebuah kuil yang besar dan menjadi tumpuan pelancong dan orang tempatan sendiri. Disini dapat kelihatan beberapa orang memakai kimono, iaitu pakaian tradisional jepun. Selain itu, laluan untuk ke kuil tersebut yang dinamakan nakamise dori street menjadi tumpuan untuk membeli souvenir yang agak murah. Seterusnya aku ke bangunan tokyo skytree untuk mengambil gambar. Bangunan ini menjadi simbolik tokyo dengan rekabentuk seperti menara KL. Aku kemudian solat zohor dan asar di masjid assalam yang terletak di ueno.
Destinasi seterusnya adalah di akihabara, disini aku ke bangunan yodobashi-akiba, iaitu sebuah pusat membeli belah peralatan komputer, telepon, peralatan elektrik lain dan patung figura aksi. Aku membeli beberapa barang di sini kerana sangat tertarik, selain membeli kiriman orang. Ikutkan hendak ke odaiba, namun hari dah gelap aku terus pulang ke hotel. Kali ini makan malam adalah istimewa,kerana menggunakan onigiri. Aku letakkan onigiri bersama sardin di atas kepingan roti gardenia, menu special orang perantauan.
Malamnya pula aku mengambil gambar di beberapa crossing street dan pergi semula ke bangunan tokyo metopolitan untuk menngambil gambar bandar tokyo pada waktu malam. Aku balik ke hotel untuk berehat dan membuat perancangan untuk hari esok pula.
Ueno zoo ¥600
Air 120¥
Keropok 650¥
Souvenir 1500¥
Onigiri 150¥
Thousand sunny 1370¥
Photo paper 2580¥

Hari 4:
Hari terakhirku di tokyo bermula dengan menuju ke ginza. Aku ke tsukiji fish market, yang merupakan pasar basah  menjual makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang yang pelbagai jenis. Pasar ini sangat lah besar, dan berdekatan dengan pelabuhan untuk memungah hasil tangkapan untuk dijual di pasar ini. Berhampiran dengan pasar ini juga terdapat gerai-gerai makan bagi sesiapa yang hendak mencuba makanan laut secara fresh. Ingin juga kubeli namun, rasa was-was menghalang untuk berbuat demikian. Hanya membeli buah untuk santapan. Seterusnya, mengambil gambar dengan ginza tower clock sebelum meneruskan perjalanan ke tokyo imperial palace. Tempat ini merupakan bekas tapak istana yang telah musnah. Oleh kerana banyak maklumat ditulis dalam tulisan jepun, aku mengikuti saja pemandu pelancong yang disediakan secara percuma. Pemandu pelancong ini menjelaskan secara terperinci sejarah setiap tempat yang dilawati. Dimana beliau membawa setiap pelancong yang mendengarnya kembali ke zaman edo. Peperangan, shogun, kemusnahan istana, menara peninjau, semua diceritakan. Menurutnya istana yang telah musnah ini merupakan istana terbesar di jepun pada ketika itu, dan hanya tinggal beberapa menara peninjau yang masih kekal di kawasan istana.
Lokasi seterusnya mengikut tentatif adalah bandar odaiba, namun lokasi tersebut tidak mempunyai stesen subway. Sememang tiada jodoh dengan odaiba sejak semalam lagi, jadi plan kedua adalah menuju ke shimbashi. Di sini terdapat pelabuhan yang berdepan dengan bandar odaiba, namun agak jauh juga untuk berjalan. Banyak kapal dan feri berlabuh si sini. Aku berehat sebentar dan makan onigiri sambil menikmati pemandangan teluk tokyo. Kemudiannya aku bercadang untuk mengambil gambar di hadapan disney sea tokyo, namun kes yang sama seperti plan odaiba. Jadi aku  menukarkan rancangan ke yomenoshima tropical garden dan yomenishima "dream island" stadium. Aku hanya sempat mengambil gambar di lokasi ini kerana hendak menuju le lokasi seterusnya. Tempat ini agak kelihatan terpencil dan tidak ramai pelancong mahupun orang tempatan ke sini. Aku solat zohor dan asar di masjid hiro-o.
Kemudian, aku menuju ke kawasan ikebukuro untuk mengambil gambar tokyo dome, sebuah stadium baseball yang kelihatan megah. Bersebelahan dengan stadium ini terdapat taman dan indoor game seperti yang terdapat di bangunan berjaya Times square. Tapi saiz indoor game ni lebih besar dan lebih gayat. Aku hanya mengambil gambar sahaja kerana hari dah gelap. Di kawasan ini juga terdapat beberapa kedai bagi peminat manga. Bagi otaku one piece seperti ku, kedai ini bagaikan taman syurga.
Malam ini aku tidur ini manga kisa, iaitu sebuah cyber cafe dan juga kedai buku. Kita boleh memilih untuk tidur di sini sehingga waktu pagi dan ianya dibuka 24 jam. Servis dikira berdasarkan jam dan caj tambahan bagi yang hendak mandi. Disini terdapat ribuan koleksi manga dari yang terkenal seperti one pice, Dragon ball, naruto hinggalah manga yang tak pernah didengari. Walaupun versi dalam bahasa jepun, melihat lukisan sudah cukup menyeronokkan. Aku hanya sempat tidur beberapa jam sahaja kerana sibuk membelek manga dan bermain internet. Selain itu manga kissa ini menyediakan pelbagai jenis air minuman secara percuma. Kemudahan komputer berinternet digunakan bagi perancangan untuk hari esok.
Air 210¥
Onigiri 330¥
Komik 400¥
Locker bag 600¥
Manga kissa 1598¥

Hari 5:
Seawal pagi lagi aku terjaga kerana takut dikenakan caj tambahan akibat terlebih masa menginap di manga kissa. Pagi ini hujan renyai turun seolah-olah mengiringi pemergianku, walaupun hanya 3 hari berada di tokyo dan masih ada lagi tempat yang belum dilawati, khas area kanto sepeti ibaraki, yokohama, saitama dan hakone, namun aku tetap berpuas hati. Untuk perjalanan kali ini aku menggunakan pengangkutan bas ke destinasi seterusnya iaitu kawaguciko, kawasan yang berhampiran dengan gunung fuji.
Perjalanan ke kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Tokyo sambil menikmati pemandangan gunung-ganang dan tidak lupa pokok-pokok sakura yang masih mekar disepanjang perjalanan. Pada musim bunga salah satu daya tarikan di sini ialah shiba-sakura festival. Sejenis bunga yang berwarna merah jambu dengan nama Moss Phlox mekar di suatu taman yang besar. Aku menaiki bas dalam 30 minit dari kawaguchiko untuk ke tempat tersebut. Dalam keadaan lesu kepenatan dan kelaparan salah satu menu yang menjadi tarikan disini ku lahap sampai licin. Menu tersebut ialah yoshida udon, mee dengan sedikit campuran sayur dan daging kuda. Setelah makan barulah tenaga kembali aktif untuk berjalan.  Hujan renyai dari pagi tadi menghalang bunga ini untuk mekar sepenuhnya, namun gambar yang diambil masih kelihatan kejambuannya. Selain itu, masih terdapat beberapa pokok sakura yang sedang mekar di kawasan ini. Di sini sepatutnya gunung fuji boleh jelas kelihatan, namun fujisan masih malu dan menyorok dari pandanganku, seolah-olah mencabarku untuk mendakinya. Jangan risau gunung tak akan lari dikejar.
Seterusnya aku kembali ke kawaguchiko dan berjalan di sekitar tasik kawaguchi. Sekiranya tiada festival shiba-sakura disini kita boleh ambil pakej keliling tasik dengan feri dan naik ropeway untuk melihat fujisan dari atas bukit. Tentatif hari ini tidak sepadat sepertimana di tokyo, hanya dua tempat ini sahaja yang dikunjungi. Perjalanan diteruskan lagi ke Nagoya pada lewat petang menggunakan bas. Perjalanan lebih kurang 4 jam 30 minit dari stesen kawaguchiko. Sampai di Nagoya pada jam 10:30 malam, pada asalnya pelan nak tidur dalam bas dan sampai pagi di Nagoya, namun malam masih muda. Jadi aku terpaksa mencari tempat tidur yang telah ditempah untuk hari esok semoga malam ini ada kekosongan lagi kerana tempahan untuk malam ini tidak dibuat. Bersyukur la masih ada, penginapan kali ini berkonsepkan futen bed. Tempat tidur ala jepun, tiada katil. Sama seperti hampar toto sahaja tapi nama gempak. Sebelum tidur uruskan keperluan diri terlebih dahulu dan merancang pelan untuk esok.
Highway bus to kawagachiko 1750¥
Tiket shiba-sakura 2000¥
Highway bus to nagoya 4110¥
Yushida udon 650¥
Air 130¥
Guest House 2000¥

Hari 6:
Perjalanan di Nagoya bermula ke JR central tower, iaitu menara berkembar milik syarikat keretapi jepun (JR). Cuaca di nagoya sedikit sejuk kerana tiupan angin yang kuat. Pada paginya aku hanya berjalan disekitar JR central tower sementara menunggu tourist information counter dibuka pada jam 9. Setelah dibuka penjaga kaunter tersebut mencadangkan untuk mengambil 1 day unlimited day pass setelah pass yang kuingini tidak dijual di situ dan beliau memaklumkan bahasa hari ini merupakan national holiday.
Tempat pertama yang dilawati menggunakan pass ini ialah Nagoya Castle. Istana ini merupakan tempat the famous Oda Nobunaga memerintah di zaman sengoku sekitar kurun ke 16. Istana ini dibina semula setelah beberapa kali musnah akibat peperangan termasuk semasa perang dunia ke 2. Sekarang istana ini telah dijadikan sebagai muzium dan mempunyai 7 tingkat. Banyak peristiwa sejarah dipaparkan di dinding-dinding bagi setiap zaman pemerintahan semenjak istana ini dibina. Berhampiran dengan istana ini terdapat hommaru palace yang juga dibina semula akibat musnah semasa perang dunia ke 2. Aku sempat menonton persembahan yang seakan teater dalam bahasa jepun yang ku rasa mengenai sejarah istana Nagoya. Seolah-olah melihat anime Sengoku Basara live action di depan mata, lengkap dengan baju samurai.
Setelah habis meneroka kawasan istana nogoya aku ke masjid Nagoya untuk solat jumaat. Khutbab dibacakan dalam bahasa inggeris.
Seterusnya aku ke atsuta shrine dan atsusa park sebelum menuju nagoya port.
Nagoya port merupakan salah satu pelabuhan terbesar di jepun. Selain pelabuhan, di sini juga terdapat akuarium, muzium kapal dan taman tema. Aku makan onigiri cicah sambal ikan bilis sebelum meneruskan perjalanan. Akuarium ini ada menempatkan killer whales dan dolphin. Aku kemudian pulang ke hotel untuk berehat sebentar sebelum keluar untuk merasakan waktu malam di nagoya.
Malam di Nagoya tidak semeriah seperti di tokyo, lebih santai. Mulanya aku ke Nogoya TV tower untuk mengambil gambar sebelum ke Oasis 21. Bersebelahan dengan kedua-dua tempat ini terdapat sebuah taman yang menjadi tumpuan buskers untuk menghibur pengunjung. Agak lama juga aku di sini mendengarkan alunan muzik yang dipersembahkan, sebelum pulang ke hotel untuk tidur dan membuat perancangan untuk hari esok.
Guest House 3000¥
1 day Subway ticket 600¥ (unlimited ride)
Nagoya castle 500¥
Onigiri 100¥

Hari 7:
Mengikut perancangan awal destinasi hari ini adalah shirakawago, namun berdasarkan analisis jarak, masa dan keadaan semasa. Aku batalkan plan ke shirakawago dan terus ke Kyoto untuk 2 hari berikutnya. Aku menggunakan bas untuk ke kyoto dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Ku dengarkan lagu melayu untuk mengubat rindu sebelum sampai ke Kyoto. Kyoto merupakan bandar bersejarah seperti Melaka, banyak warisan UNESCO berada di sini kerana Kyoto merupakan ibukota pertama Jepun sebelum Tokyo. Kebanyakan warisan UNESCO di sini adalah temple dan shrine. Suasana di sini adalah berlainan dengan bandar tokyo dan nagoya, lebih tenang. Ramai orang menggunakan basikal untuk bergerak ke suatu tempat. Perkara pertama yang dilakukan setibanya di Kyoto ialah mencari tempat bermalam dan lokasinya mestilah berdekatan dengan salah satu tempat tarikan pelancong. Setelah puas mencari aku menempah guest house yang berdekatan dengan nijoo castle. Tujuannya supaya aku dapat menyimpan beg utama dan boleh bergerak dengan senang.
Lokasi pertama yang kulawati semestinya Nijoo castle, kawasan istana yang menempatkan ninomaru palace dan honmaru palace, selain daripada taman. Seperti Nagoya castle, nijoo castle juga sudah beberapa kali musnah dan hingga kini masih terdapat pembinaan semula sebahagian nijoo castle. Bahagian dalam Ninomaru palace dibuat seperi muzium yang menunjukkan kehidupan shogun. Banyak lukisan dinding dan atap istana ini  melambangkan kemegahan seorang shogun. Setelah puas berjalan di sekitar kawasan istana, aku pekena uji matcha iaitu ais krim perisa green tea yang popular di Kyoto. Seterusnya aku solat di masjid Nagoya, dalam perjalanan ke masjid aku melalu gyoen national park yang berhadapan dengan kyoto imperial palace.
Lokasi seterusnya ialah Gion. Di sini kelihatan ramai sekali orang jepun yang memakai yukata dan kimono. Pemakaian ini jarang sekali dilihat di bandar tokyo, tapi di sini dapat dilihat di mana-mana. Namun, tujuan aku kesini bukan lah kerana yukata dan kimono tapi untuk mencari Geisha. Setelah puas mencari akhirnya terserempak dengan seorang geisha. Betul lah kata orang, Geisha memang laju, aku pun tak sempat kejar. Mungkin kerana persembahannya bermula sebentar lagi, justeru ia terburu-buru. Apabila hari dah mula gelap, aku balik ke hostel untuk berehat dan menguruskan keperluan diri. Malam ini aku tak ke mana-mana kerana lokasi penginapan agak jauh daripada bandar kyoto. Mungkin ini lebih baik supaya aku dapat merehatkan kaki dan membuat perancangan esok dengan lebih rapi.
Highway bus to kyoto 2550¥
Bus to nijoo castle 250¥
Uji matcha 400¥
GuestHouse 3000¥
Subway ticket 570¥

Hari 8:
Selepas bersarapan dan check out di GuestHouse, aku kembali semula ke stesen Kyoto untuk membeli 3 Day Kansai Thru Pas yang membolehkan aku pergi ke 6 tempat di kawasan Kansai seperti Kyoto, Osaka, Hyogo, Nara, Wakayama dan Shiga. Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya, aku terlebih dahulu ke GuestHouse yang telah ditempah malam ini untuk menyimpan beg.
Destinasi pertama yang dituju ialah Arashiyama, antara yang menarik di sini adalah bamboo forest path, tenryuji temple dan arashiyama tsusen. Bamboo forest path merupakan kawasan hutan yang ditanami buluh di sepanjang perjalanan. Setelah puas mengambil gambar dan berjalan di sekitar Arashiyama, aku pekena pula ais krim sakura sempena musim bunga kali ini. Seterusnya aku kembali ke Kyoto untuk solat dan makan tengahari dengan menu nasi dan kebab berhampiran dengan masjid Nogoya.
Kemudian aku menuju ke Fushimi untuk berjalan di Fushimi Inari Taisha Shrine. Shrine ini dipacak sehingga ke puncak gunung inari, pemandangan sememangnya cantik. Lebih-lebih lagi sewaktu musim luruh nanti kerana di sepanjang perjalanan terdapat banyak pokok japanese maple, daunnya akan bertukar kemerah-merahan. Walaupun gunung Inari hanya setinggi 764 kaki, namun penat juga untuk sampai ke puncak yang dalam 30 ke 40 minit. Di puncak juga terdapat temple.
Aku kemudian balik untuk berehat sebelum keluar semula ke Kyoto tower untuk berjalan. Aku tidak keluar lama kerana penginapan kali ini agak istimewa, iaitu Ryokan. Penginapan berkonsepkan tradisional jepun yang berasal dari zaman edo. Bilik tidur yang menggunakan tikar tatami dengan sliding door dan tidak lupa futon bed. Selain itu, yukata dan selipar jepun juga ada disediakan kepada pelanggan. Macam pelakon pula bila mengenakan pakaian yukata sampil membuat perancangan esok.
Subway ticket 260¥
Kansai Thru Pass 5200¥
Ais krim sakura 300¥
Tali 100¥
Lunch 1100¥
Onigiri 100¥
Gundam 855¥

Hari 9:
Malang tak berbau, kansai thru pass yang dibeli hilang semalam. Namun, perjalanan harus diteruskan dengan sedikit perubahan. Destinasi seterusnya ialah Nara, perjalanan menggunakan JR lebih kurang sejam daripada stesen Kyoto. Tempat yang dilawati di Nara hanya tertumpu di kawasan Nara Park sahaja. Antara yang menarik di sini ialah rusa yang dibiarkan berkeliaran bebas di kawasan taman, selain beberapa kuil lama di selikar Nara Park. Todaiji temple yang merupakan kuil yang terbesar di Jepun juga berada di Nara Park. Keluasaan Nara Park meliputi 502 hektar, dan dimana-mana kawasan ini akan ada rusa berkeliaran. Rusa atau shika ini sangat jinak dan boleh dipegang, makanan rusa ada banyak dijual di sekitar taman ini. Dianggarkan lebih kurang 1200 rusa terdapat di kawasan taman ini.
Setelah penat berjalan, aku membeli makanan kegemaran Doraemon iaitu Dorayaki untuk santapan tengahari. Kebetulan pada hari ini terdapat upacara keagamaan di todaiji temple, aku menyaksikan mereka berarak dengan pelbagai jenis pakaian dari kanak-kanak hingglah warga tua menuju todaiji temple. Sebelum ke guesthouse yang telah ditempah untuk malam ini, aku singgah sebentar di pusat pelancongan Nara dan mereka sedang mengadakan sesi pengajaran kaligraf jepun katakana dan hiragana secara percuma kepada pelancong. Aku pun mengambil peluang untuk menulis nama dalam katakana dan memilih satu perkataan hiragana untuk ditulis.
JR to Nara 710¥
Dorayaki 200¥
GuestHouse 2500¥

Hari 10:
Pagi yang tenang di Nara ku teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Namba Osaka dengan menggunakan JR. Perjalanan lebih kurang sejam daripada stesen Nara. Tempat pertama yang dituju ialah shinsaibashi tourist information untuk membeli 2 day amazing osaka pass bagi melengkapkan hari-hari terakhirku dalam siri jejakku di negara matahari terbit. Selain unlimited subway, pass ini juga memberikan tiket masuk percuma ke 31 tempat menarik di sekitar Osaka. Seperti biasa beg utama harus disimpan terlebih dahulu di tempat penginapan untuk malam ni sebelum menerokai bandar Osaka. Untuk jadual perjalanan 2 hari di Osaka, aku hanya mengikuti itinerary yang dicadangkan oleh amazing osaka.
Tempat pertama yang dituju ialah Tsutenkaku Tower. Sebuah lagi menara yang terdapat di Jepun, selain mempunyai viewing platform untuk melihat bandar Osaka, menara ini juga mempunyai Biliken statue's foot untuk membaws tuah. Bersebelahan dengan menara ini ialah Osaka zoo. Kali ini aku hanya pergi tempat haiwan yang tidak sempat ku lawati sebelum ini iaitu pelakon-pelakon Madagascar termasuk penguin.
Aku kemudian solat di masjid osaka dan makan tengahari di restoran yang terletak bersebelahan dengan masjid ini.
Seterusnya aku menuju ke kawasan pelabuhan osaka untuk menaiki santa maria day cruise, tempozan giant ferris wheel dan bangunan osaka perfectural government. Kapal Santa Maria yang berada di osaka ini direka sama seperti kapal yang digunakan oleh Christopher Columbus dalam penjelajahan pertamanya, tapi kali ini kapal hanya membawa penumpangnya ke sekitar teluk osaka sahaja. Aku kemudian menaiki Tempozan giant ferris wheel sebelum menuju ke bangunan Osaka perfectural untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Bangunan ini merupakan yang kedua tertinggi di Osaka dan ketiga tertinggi di Jepun.
Seterusnya aku menuju ke kawasan Minami untuk menaiki bot menyusuri sungai tombori, namun hari ini semua perjalanan bot dibatalkan. Aku hanya sempat berjalan-jalan di sekitar dotombori dan mengambil gambar Glico running man billiboard yang popular di Dotombori sebelum pulang untuk berehat.
JR to Namba 560¥
Train to Chibune 280¥
Lunch 1200¥

Hari 11:
Hari ini merupakan hari terakhirku menjelajah Jepun sebelum berangkat pulang esok tengahari. Untuk membuatkan trip kali ini sukar dilupai seterusnya melengkapkan siri jejakku di negara matahari terbit, aku akan memakai baju melayu dengan bersarung sepanjang hari menjelajah bandar Osaka, baru rare.
Destinasi pertama hari ini ialah Osaka Castle, dimana istana ini telah dijadikan sebagai muzium. Di dalamnya terdapat cerita mengenai Hideyoshi Toyotomi yang telah berjaya menyatukan Jepun selepas kematian Oda Nobunaga. Beliau adalah antara pemerintah yang disanjung tinggi oleh masyarakat jepun kerana bermula sebagai petani. Selain itu, terdapat juga penceritaan mengenai peristiwa perang besar di musim panas dan peperangan antara klan tokugawa dan klan toyotomi. Bersebelahan dengan istana osaka ini terdapat osaka muzium of history. Muzium ini pula menceritakan sejarah bandar osaka sehinggalah zaman pemodenan. Aku makan tengahari di Ali restaurant, pemiliknya bernama Ali Johor sangat peramah dan berasal dari pakistan.
Pada sebelah petang aku menuju area Kita. Di sini pada mulanya aku berjalan di lorong kedai terpanjang di Jepun, iaitu tenjimbashisuji shopping street sebelum ke Osaka museum of house and living. Muzium ini mengetegahkan cara hidup tradisional  jepun dan impak selepas kedatangan pengaruh barat dalam aktiviti seharian masyarakat Jepun. Kemudian aku menaiki ferris wheels lagi, rugi kalau tak naik sebab dah masuk dalan pakej. Seterusnya aku ke Umeda Sky Building untuk melihat pemandangan matahari terbenam dan kerdipan cahaya di bandar osaka. Begitulah akhirnya perjalanan untuk hari ini sebelum pulang berehat dan berkemas untuk pulang ke tanah air esok.
Lunch 1000¥
Subway 280¥
Beli belah 432¥
Dinner 284¥
Hadiah 1500¥

Hari 12:
Cerita hari ini hanya berkisarkan perjalananku balik ke Malaysia bermula dengan menaiki keretapi menuju Kansai International Airport selama lebih kurang sejam, sebelum berlepas menuju KL lebih kurang 7 jam. Semasa di Kansai International Airport, aku sempat merasakan mee soba dan wasabi dengan baki duit yang ada. Aku tidak membeli souvenir kerana kekangan bajet yang sedikit, apa yang dapat kuberikan hanyalah cerita pengembaraanku menjelajah Jepun selama 12 hari, moga memberikan sedikit motivasi untuk keluar mengembara melihat dunia luar.
Dengan ini aku tangguhkan siri jejakku untuk pengembaraan yang seterusnya.
~adventure is out there~
Train to Kansai Airport 920¥
Sarapan 864¥

Sinar Islam di Bumi Jepun:
Seperti yang dijanjikan aku akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Islam di Jepun melalui pengembaraan kali ini. Masyarakat Islam di Jepun masih lagi minoriti dalam kelompok agama. Kebanyakan masyarakat Islam merupakan orang asing daripada Turki, Pakistan, Indonesia yang menetap di sini samada bagi tujuan pekerjaan ataupun berniaga. Masjid pula didirikan seperti lot rumah kedai, tiada tapak khas untuk masjid, apatah lagi taman-taman seperti yang ada di negara kita. Masjid juga digunakan sebagai pusat pembelajaran agama Islam dan bahasa arab. Dari segi makanan halal, agak susah untuk mendapatkan kedai/restoran tempatan yang diyakini halal selain restoran asing (restoran yang pemiliknya daripada negara islam). Kalau nak merasakan makanan tempatan, buatlah sedikit analisa sendiri tentang penyediaan masakan, kedai dan tukang masak itu sendiri. Dakwah itu bermula dengan akhlak, jadi tunjukkan lah contoh yang baik apabila berada di negara minoriti Islam. Yang paling penting sebelum mengembara ke mana-mana kena betulkan niat dan sentiasa ingatkan Tuhan. Insya-Allah, tak kan sesat walaupun sebesar dan serumit mana pun tempat orang. Perancangan yang rapi pun tidak semestinya akan berjalan dengan baik, yakinlah ada hikmahya plan kedua.

Alhamdulillah, selesai sudah siri jejakku di negara matahari terbit selama 12 hari. Aku sangat berpuas hati dengan pengembaraan kali ini, walaupun perut kembis tak cukup makan, mata merah tak lena tidur, lutut rasa nak tercabut penat berjalanan. Aku sengaja buat plan dari tokyo ke osaka, hendak merasai perubahan dari kesibukan kota ke ketenangan dalam mempelajari sejarah ketamadunan jepun. Lagipula, Kyoto merupakan ibukota pertama jepun.

Post-kembara:
Alhamdulillah, selesai sudah siri jejakku di negara matahari terbit. Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengajaran yang ku perolehi sepanjang pengembaraan ku di bumi jepun. Hanya yang baik dan positif sahaja yang akan ku ceritakan.
Pertama, untuk menjadi sebuah negara maju, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengubah sikap individu itu sendiri, orang jepun telah memupuk dan menunjukkan sikap berdisiplin, rendah diri dan hormat pada orang lain semenjak kecil lagi. Bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memang betul lah orang kata kanak-kanak merupakan raja di jepun, kerana mereka merupakan pewaris generasi bangsa. Betapa berdisiplinnya orang jepun hinggakan nak menyeberang jalan yang jaraknya lebih kurang 5 meter, pada waktu malam dan tiada kereta yang lalu pun, mereka sanggup tunggu lampu hijau. Betapa rendah diri dan rasa hormat pada orang lain orang jepun hinggakan perkataan 'sumimasen' @ 'gomenasai' diucapkan berkali-kali walaupun sekecil mana kesalahan atau permintaan. Jepun meningkat laju dalam kemajuan semenjak peristiwa perang dunia ke 2, mereka benar-benar mengambil iktibar akibat kejadian tersebut dalam peristiwa Hiroshima dan Nagasaki.
Kedua, negara jepun merupakan antara negera yang kulawati tidak mementingkan bahasa inggeris dalam pertuturan dan penulisan. Mereka memertabatkan bahasa ibunda sebagai bahasa harian. Sementara di negara kita, jangankan tulisan jawi yang digunakan sejak kurun ke 15 lagi hilang begitu saja dan penggunaan bahasa melayu yang pernah menjadi bahasa utama perdagangan di nusantara mulai kurang digunapakai. Sistem beraja pun tidak dihormati lagi oleh rakyat, dan mempercayai sepenuhnya sistem demokrasi dalam pemerintahan, kuasa di tangan rakyat. Sebenarnya inilah kejayaan yang diperoleh British sebelum meninggalkan tanah melayu. Kalau kembali ke zaman kegemilangan melayu melaka di kurun ke 15, bagaimana mungkin kuasa yang begitu hebat pada masa itu tidak meninggalkan sebarang artifak atau kesan sejarah. Sebaliknya, yang tinggal hanyalah A-famosa. Nak tahu lebih lanjut, baca lah kajian yang dilakukan oleh beberapa orang sejarawan.
Ketiga, sistem pengangkutan jepun sememangnya A++, semenjak aku sampai ke jepun, tak pernah lagi ku lihat jalan sesak. Pengangkutan awam sangat efisien dan tepat pada waktu, tak awal, tak lewat walaupun seminit. Mereka sangat mementingkan dan menghargai masa selain kuat berjalan. Tak hairan lah mereka boleh maju ke hadapan dengan lebih laju kerana pengunaan masa yang begitu effektif. Walaupun, Jepun merupakan tempat asal kereta Honda dan Toyota, jumlah kereta ini sangatlah sedikit di jalan dan penggunaan kereta peribadi di jalan boleh dihitung. Jalan tidak selebar 3 ke 4 lorong sehala, seperti di Malaysia walaupun jalan highway.
Ada beberapa lgi, tapi ini sahaja yang ku rasa penting bagi pembangunan jati diri bangsa kita. Sekian.

Salam BBM,
Sya nk kongsikan beberapa keping gmbr semasa mengembara ke Jepun secara solo baru-baru ini (24/4-5/5/2016)
Itinerary?
Sya pn ambl kt BBM, cuma sya gabung-gabungkan menjadi my own masterpiece. Buat lah perancangan sndiri, InsyaAllah ia akn menjdi your own masterpiece dan anda akan lebih brpuas hati.
Bajet?
Off course la bajet skit, namapun backpack, lgi-lgi secara solo. TAPI bgi sya jgn lah menyekat keseronokan kerana nk kan bajet yg murah shj. Duit sebanyak mana pun boleh dicari, tpi masa sesaat tak kan kembali. Buat la bajet ikut kemampuan sndiri.
Best tak?
One of the best journey prnah sya buat, walupun makan tak kenyang, tidur tak lena, lutut rasa nk tercabut.
Siapa yg nk baca travel log, sya letakkan kt komen setiap gmbr. Sekian.