Ahad, 6 November 2016

JEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG YONG YAP, BUBU & TOK NENEK

JEJAKKU DI PUNCAK GUNUNG YONG YAP, BUBU & TOK NENEK




Pada 22-24 oktober 2016, saya telah mendaki puncak gunung yong yap, bubu dan tok nenek atau lebih dikenali sebagai Trans YYBTN dikalangan para pendaki. Trip ini anjurkan oleh Allard Adventure dengan penyertaan seramai 20 orang termasuk guider, sweeper dan crew. Gunung Yong Yap merupakan salah satu gunung kategori G7 iaitu gunung yang ke-6 setinggi 2167 meter atau 7110 kaki. Oleh kerana pendakian ke puncak Yong Yap agak kurang mencabar berbanding G7 yang lain. Justeru, trek bagi trans YYBTN diwujudkan dengan laluan pendakian yang lebih mencabar. Tempoh masa yang biasa dilakukan untuk mendaki YYBTN adalah 4 hari 3 malam, namun kali ini kami mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Oleh itu, trek pendakian akan lebih padat sedikit.
Semua peserta dikehendaki untuk bertemu di masjid kg raja cameron highland seawal jam 7 pagi. Saya carpool dengan Naim untuk tiba di lokasi yang ditetapkan daripada KL. Perjalanan ke masjid kg raja mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Kami sempat tidur sebentar sementara menunggu peserta yang lain tiba. Pada awal paginya, usai solat subuh dan bersarapan semua peserta bergerak ke pos sungai rengil iaitu pintu masuk bagi sesi pendaki. Sebelum memulakan pendaki Mizi selaku guider menerangkan adab dan tatacara semasa mendaki. Selepas habis membaca doa kami ke perkampungan orang asli di sini untuk meminta kebenaran mendaki. Kami memulakan sesi pendakian kira-kira jam 9 pagi.

 backhoe usang di starting point
                               
Pada hari pertama laluan pendakian agak mendatar bagi 3 jam pertama sehingga simpang Y, perjalanan akan melintasi 4 anak sungai. Seterusnya menuju ke kem agas yang agak mencabar lebih kurang 45 darjah.Beberapa kem disepanjang pendaki dilalui iaitu kem agas, kem sungai jeruk dan kem balak pecah. Walaupun kebanyakan gunung kategori G7 mempunyai hutan mossy, disepanjang pendakian hanya hutan buluh dan pokok sahaja yang jelas kelihatan. Kami tiba di kem agas dalam masa 4 jam, kem sungai jeruk dalam masa 3 jam 30 minit dan kem balak pecah dalam masa 2 jam. Oleh kerana kem balak pecah tidak mempunyai sumber air kami meneruskan pendakian ke last water point untuk bermalam, perjalanan lebih kurang 1 jam daripada kem balak pecah. Jumlah masa pendakian untuk hari pertama lebih kurang 10 jam untuk jarak perjalanan sejauh lebih kurang 15km. Ini merupakan masa pendakian paling lama saya buat untuk satu hari. Kami semua makan malam dan berehat di kem berdekatan dengan water point sebelum meneruskan sesi pendakian untuk keesokan harinya.

perkampungan orang asli sungai rengil
                                                 
persimpangan antara ke Yong Yap dan Tok Nenek
                                     
kem agas
                                                                   
kem balak pecah

kem site hari pertama

Pada hari kedua pendakian diteruskan selepas kami bersarapan pagi lebih kurang jam 10 pagi. Lebih kurang jam 11:30 pagi kesemua peserta telah tiba di puncak gunung Yong Yap. 30 minit sebelum menuju puncak, disepanjang pendakian barulah jelas kelihatan hutan mossy, pemandangan ini sememangnya menakjubkan dan menghilangkan keletihan. Setelah mengambil gambar bersama, sesi pendakian diteruskan ke puncak berikutnya iaitu puncak gunung Bubu. Lalauan pendakian turun dan naik ditempuhi sepanjang menuju gunung Bubu. Lebih kurang 3 jam lebih barulah pendakian kami tiba di puncak gunung Bubu. Kami berehat dan makan tengahari di sini sebelum meneruskan pendakian. Kami singgah mengambil air di Kem lopak air terlebih dahulu, kerana tapak kem yang akan kami tidur untuk malam ini tidak mempunyai sumber air. Untuk malam ini kami tidur dan makan malam di Puncak Kambing. Sesi pendakian hari kedua lebih mencabar berbanding hari pertama namun tahap pewai (kepenatan) tidak sampai seperti semalam. Masa pendakian juga lebih kurang seperti hari pertama iaitu lebih kurang 10 jam.

Mossy forest menuju puncak Yong Yap

group foto di puncak Yong Yap

puncak Gung Bubu

bermalam di puncak Kambing pada hari kedua

Pada hari ketiga, plan asalnya adalah untuk menikmati pemandangan terbit matahari di puncak gunung Tok Nenek tapi hanya kabus yang menyelubungi pemandangan. Pemandangan di puncak Tok Nenek adalah sangat awesome sekiranya tiada kabus kerana boleh melihat 360 darjah dan puncaknya adalah batu granit seperti keadaan di bukit tabur. Setelah bersarapan dan melayan kabus di puncak tok nenek, pendakian menurun pun bermula pada jam 10:30 pagi. Lebih kurang 1 jam 30 minit kami sampai di kem berlumut setelah melalui laluan yang agak curam menurun. Kemudian sampai di kem hari dan seterusnya di kem lengkuas pada jam 2:30. Kami makan tengahari di sini. Kami meneruskan perjalanan lagi ke simpang Y iaitu simpang pendakian menuju Yong Yap atau Tok Nenek. Perjalanan selepas ini adalah sama seperti perjalanan pada hari pertama sehinggga ke perkampungan orang asli sungai rengil. Namun kali ini kami singgah sebentar mengambil gambar air terjun yang terletak di lintasan sungai selepas simpang Y. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di perkampungan orang asli pada jam 5 petang tanpa sebarang kecederaan disepanjang pendakian. Kami berkemas, mandi dan makan sebelum berangkat balik ke KL.

puncak gunung Tok Nenek

pemandangan Gunung Yong Belar

the beauty of forest

kem lengkuas

hidden waterfall

Begitulah cerita pengembaraanku menjejak puncak Yong Yap, Bubu & Tok Nenek

~adventure is out there~
#yongyapbubutoknenek
#yybtn

1 ulasan:

  1. MADNESS ADVENTURE(FB)
    MOUNT GUIDE SERVICE
    All mount
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -mount guide
    -1st aid kit

    Anas - 01110327474
    WASAP/SMS/CALL

    BalasPadam